Ads Top

(Video) Tak Sedar Bahaya Menanti, Lelaki Nyaris ‘Ditanduk’ Badak Berkeliaran Di Jalan

Satu video yang sempat dirakam memperlihatkan seorang pejalan kaki nyaris ditanduk oleh seekor badak.

Kejadian yang dirakam di luar Taman Negara Chitwan di Nepal itu berlaku selepas badak tersebut dipercayai berkeliaran dari hutan berdekatan.

Video tersebut menunjukkan haiwan itu berkeliaran di jalan dan dilihat tidak terganggu dengan persekitarannya.

Ia berjalan melepasi kedai-kedai dan gerai-gerai dan orang ramai di situ berkumpul untuk melihat mamalia tersebut.

Tidak lama selepas itu, seorang pejalan kaki dilihat sedang melintas jalan namun dia tidak menyedari bahawa badak tersebut sedang mendekatinya.

Gambar: Daily Mail

Lelaki tersebut bernasib baik kerana ada seorang individu yang menjerit kepadanya untuk memberi amaran bahawa badak tersebut sedang mendekatinya. Sedar akan perkara itu, dia terus melarikan diri.

Badak  seakan mengejar lelaki itu namun seakan ‘tidak berminat’ untuk meneruskannya dan terus beredar ke arah lain.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Tak Sedar Bahaya Menanti, Lelaki Nyaris ‘Ditanduk’ Badak Berkeliaran Di Jalan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.