(Video) PERKESO Tanggung Kos Saringan COVID-19 Pekerja Di Klinik Panel
Putrajaya, 16 April – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menanggung kos saringan COVID-19 bagi pekerja yang perlu berkhidmat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, PERKESO bersetuju untuk menanggung bayaran saringan para pekerja yang dilakukan di klinik panel badan berkenaan.
“Saya telah dimaklumkan Menteri Sumber Manusia bahawa PERKESO bersetuju membiayai kos saringan pekerja-pekerja berkenaan. Kerana setiap pekerja berdaftar pasti mempunyai maklumat dalam pangkalan data PERKESO.
“Jadi mana-mana pekerja yang diperlukan majikan untuk kembali ke tempat kerja mesti melalui proses saringan ini dan ianya dibiayai PERKESO,” katanya.
PERKESO setuju biaya kos saringan COVID-19 bagi pekerja – @AzminAli #PerintahKawalanPergerakan#COVID19 pic.twitter.com/TMxtjzYTxR
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 16, 2020
Sumber: Bernama
The post (Video) PERKESO Tanggung Kos Saringan COVID-19 Pekerja Di Klinik Panel appeared first on Siakap Keli.
No comments: