Ads Top

(Video) Jangan Bangga & Tayang Bila Buat Salah, Individu Kongsi Tips ‘Balik KL’ Sudah Dikenalpasti- Menteri

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis telah mengenalpasti individu yang melanggar dan berkongsi tips melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di media sosial.

“Semalam tular di media sosial seorang lelaki dan keluarga menunjukkan mereka balik ke Kuala Lumpur dan memberi tips kepada orang ramai untuk menipu polis.

“Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk mereka untuk melakukan kesalahan.

“Pihak polis telah mengenalpasti mereka dan tindakan akan diambil ke atas mereka. Tiada sesiapa pun akan terlepas dari tindakan polis dan undang-undang jika melakukan kesalahan.

“Lebih-lebih lagi mereka telah mengakui mereka telahpun ingkar terhadap peraturan PKP ini.

“Jadi tolonglah jangan berbangga melakukan kesalahan dan menganggap diri kita hero apabila melakukan kesalahan kerana akhirnya tindakan akan dilakukan pihak polis dan menyusahkan diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Semalam, tular gambar seorang lelaki sekeluarga yang mengaku berjaya pulang ke Kuala Lumpur dengan memberi alasan membawa anak ke hospital.

Sumber: RTM

The post (Video) Jangan Bangga & Tayang Bila Buat Salah, Individu Kongsi Tips ‘Balik KL’ Sudah Dikenalpasti- Menteri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.