Ads Top

TERKINI: Penghantar Makanan Mesti Menjalani Saringan Kesihatan Di Klinik – Ismail Sabri

Kerajaan memutuskan semua penghantar makanan mesti menjalani saringan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan atau swasta di daerah masing-masing. (Rujuk video minit 10:35)

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan ini diambil demi menjaga keselamatan semua penghantar makanan.

”Kita mahu menjaga kesihatan mereka sebab kita tahu mereka adalah orang yang akan menghantar makanan secara direct atau terus kepada pelanggan.

”Tentunya akan berlaku keadaan bersemuka di antara mereka dan pelanggan-pelanggan yang memesan makanan,” kata beliau.

Tambah Ismail Sabri, Kementerian Pengangkutan misalnya akan mengeluarkan arahan kepada lebih daripada 40 syarikat yang mengendalikan operasi e-hailing ini.

Manakala, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengarahkan syarikat-syarikat makanan segera untuk memastikan penghantar makanan di bawah mereka mematuhi perkara ini.

Sumber: Sidang Media Perkembangan PKP, Bernama TV

The post TERKINI: Penghantar Makanan Mesti Menjalani Saringan Kesihatan Di Klinik – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.