Ads Top

(Video) Ari Lasso Jumpa ‘Kembar’ Wajah Serupa, Nyanyikan Lagunya Dengan Baik

Setiap orang di dunia ini dikatakan mempunyai tujuh orang yang mempunyai wajah sama. Namun, jarak antara individu yang mempunyai wajah mirip ini tidak dapat ditentukan. Agak melucukan sekiranya dapat bertemu dengan orang-orang tersebut dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Melalui satu posting di Instagram penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso baru-baru ini, terdapat satu video yang memaparkan seorang lelaki yang mempunyai rupa hampir serupa dengannya telah menjadi tular.

Ari Lasso yang berkongsikan video nyanyian lelaki tersebut di akaun Instagram turut menulis menerusi ruangan kapsyen menyeru kepada netizen supaya mencari lelaki itu untuk ditemu ramah dan berbual bersamanya.

Selang beberapa hari selepas itu, dia telah berkongsikan satu video perbualannya bersama dengan lelaki yang mempunyai wajah miripnya itu di laman Youtube. Dalam video tersebut, Ari Lasso ada bertanya kepada lelaki yang bernama Kevin itu berkenaan bagaimana rupa mereka boleh sama.

Kevin lalu mengakui bahawa dia adalah salah seorang peminat Ari Lasso namun dia tak berniat untuk sengaja menyerupai Ari Lasso.

Ari Lasso menyatakan bahawa ketika dia melihat Kevin, dia seakan sedang memandang gambar-gambar yang diambil beberapa tahun lepas.

Dalam perbualan itu juga, Kevin menyatakan bahawa dia tidak mempercayai yang wajahnya boleh serupa dengan wajah seorang penyanyi terkenal.

“Ya bingung aja, sampai bingung mau bilang apa, ya, surprise sih kok bisa sampai viral kayak gini, masih enggak percaya aja, kayak mimpi,” ucap Kevin.

Menyedari bahawa Kevin adalah merupakan seorang penyanyi di kafe-kafe di Manado, Ari Lasso bertindak menyuruhnya menyanyikan sedikit lagunya.

“Oh nyanyi juga. Lo pernah nyanyi lagu gue juga? Coba nyanyi dikit gue pengin dengar suara lu,” ujar Ari.

Selepas mendengar nyanyian Kevin, Ari lantas teruja sambil bertepuk tangan.

“Yeay… ternyata saya bangga memiliki fans yang mukanya mirip, dan suaranya juga keren,” kata Ari Lasso sambil memuji.

Bukan saja itu, Ari Lasso juga turut menghargai peminatnya itu dengan memberi kebenaran kepada Kevin sekiranya dia ingin menyanyikan mana-mana lagu Ari Lasso dan muat naiknya di media sosial.

“Dan lu bebas menyanyikan lagu Ari Lasso, cover di manapun kapan pun lu suka bro,” ujar Ari Lasso.

Dalam perbualan tersebut, Ari Lasso ternyata gembira sekali setelah peminatnya itu menyanyikan lagu “hampa” miliknya.

Bagi Ari Lasso, Kevin bukanlah hanya sekadar peminat yang mempunya mirip muka sama dengannya bahkan dia juga mampu untuk menyanyikan lagunya dengan baik.

Sumber: Instagram

The post (Video) Ari Lasso Jumpa ‘Kembar’ Wajah Serupa, Nyanyikan Lagunya Dengan Baik appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.