Ads Top

“Kerajaan Biaya Kos Bilik Hotel Dan Makan Terhad RM150 Sehari Sahaja” – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini menjelaskan isu hotel bertaraf 3 bintang ke atas yang tular baru-baru ini sebagai salah satu pusat kuarantin covid-19.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba telah mengumumkan hotel-hotel ini antara stesen kuarantin terbaru diwartakan oleh kerajaan persekutuan dalam usaha mengekang wabak Covid-19, selepas lebih 400 institusi awam turut diisytiharkan untuk tujuan sama.

Beliau dalam sidang media itu berkata, “Kerajaan membiayai kos untuk bilik dan makan terhad kepada 150RM sehari. Kos lain seperti dobi ditanggung oleh individu di kuarantin.

“Kenapa ada 4,5 dan sebagainya? Kita telah mengenal pasti 45 hotel disenaraikan sebagai pusat kuarantin, walau bagaimanapun ada permintaan daripada individu yang dikuarantin memohon untuk mereka memilih hotel mereka sendiri. Jadi, seperti saya katakan hotel yang ditanggung kerajaan, adalah dengan kos RM150, jika melebihi kos, perlu dibiayai oleh individu sendiri.”

“Kita wujudkan hotel ini pada mulanya kerana kita dapat permohonan daripada kedutaan luar misalnya bagi mereka yang pulang daripada luar negara termasuk diplomat asing yang kembali ke sini perlu dikuarantin. Jadi mereka meminta hotel yang akan dibayar kedutaan masing-masing.”

Dalam warta dikeluarkan sebelum ini, lebih 40 pusat penginapan di seluruh negara dijadikan stesen kuarantin.

Ia termasuk Hotel Dorsett Grad Subang, Subang Jaya; Hilton Petaling Jaya, Petaling Jaya; Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan dan Four Points by Sheraton Kuala Lumpur.

Sumber: Minit ke 9.00 – Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

The post “Kerajaan Biaya Kos Bilik Hotel Dan Makan Terhad RM150 Sehari Sahaja” – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.