Ini Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Semasa Dalam Tempoh PKP Mengikut Negeri
Ramai yang mula bertanya tentang kaedah pembayaran zakat fitrah pada tahun ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membataskan pergerakan belum berakhir. Jika pada tahun-tahun sebelumnya, pembayaran zakat fitrah secara manual dilakukan di institusi zakat negeri atau pada amil-amil yang bertugas, namun tahun ini memperlihatkan fenomena yang sangat berbeza.
Justeru, Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan senarai soal jawab serta maklumat berkaitan pembayaran Zakat Fitrah pada tahun ini untuk rujukan orang ramai.
Menurut pihak mereka, kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian bagi memudahkan para pembayar menunaikan kewajipan dengan lebih pantas dan selamat.
Kadar dan kaedah pembayaran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
#1- Johor
Kadar Fitrah:
-RM 7.00/RM 10.00
Bayaran atas talian:
1. Zakat Johor Online Payment
-Fastpay melalui https://fitrah.maij.gov.my
-Pengguna berdaftar melalui https://epayment.maij.gov.my
2. Laman sesawang Johor Online Payment
–https://onlinepayment.johor.gov.my/
3. Aplikasi SnapNPay
#2- Kedah
Kadar Fitrah:
-RM 5.00/RM 7.00/RM 14.00/RM 21.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik, atau
2. Bayaran atas talian:
-Laman sesawang Jom Zakat https://jom.zakatkedah.com.my/)
-Laman sesawang Asnaf Care https://asnafcare.com.my/
-Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) http://bit.ly/zotkdh – Untuk Android dan IOS
#3- Kelantan
Kadar Fitrah:
RM 7.00 (Namun bayaran fitrah dengan kadar RM14.00 dan RM21.00 berdasarkan harga beras yang dimakan adalah digalakkan).
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik, atau
2. Bayaran atas talian:
-Financial Process Exchange (FPX) melalui https://zakat.e-maik.my/
-Laman sesawang Ejen-ejen Bank (16) bank
3. QR Code
4. Aplikasi MyMaik eZakat Payment dan
5. SMS
#4- Melaka
Kadar Fitrah:
-RM 7.00/RM 14.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik.
2. Bayaran atas talian:
-Laman sesawang izakat.com
-QRPay Bank Muamalat
#5- Negeri Sembilan
Kadar Fitrah:
-RM 7.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik (Walau bagaimanapun keperluan amil hanya diberikan kepada pegawai PBMaINS mengikut keputusan pihak pengurusan)
2. Bayaran atas talian:
-Portal Pembayaran Zakat di www.zakatns2u.biz
-Aplikasi ZakatN9
-Aplikasi SnapNPay
-JomPAY
#6- Pahang
Kadar Fitrah:
-RM7.00
Kaedah Bayaran:
1. Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
#7- Perak
Kadar Fitrah:
-RM 7.00/RM 14.00/RM 21.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
– FPX melalui www.maiamp.gov.my
– QRPay Maybank
– Aplikasi SnapNPay
– Aplikasi GoPayz
#8- Perlis
Kadar Fitrah:
– RM 7.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
-Aplikasi SnapNPay
#9- Pulau Pinang
Kadar Fitrah:
– RM 7.00/RM 16.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
– Aplikasi SnapNPay
– JomPAY
– QR Code
– Aplikasi GoPayZ
– FPX
#10- Selangor
Kadar Fitrah:
– RM 7.00/ RM 14.00/ RM 21.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
– FPX melalui portal eZakatPay di pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/
– Aplikasi edompet GoPayZ
– Aplikasi edompet Boost
– QR Code
– Laman sesawang ejen-ejen bank (9 buah bank)
– Portal MyEG
– Pos Online
#11- Terengganu
Kadar Fitrah:
-RM 7.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
– FPX melalui pautan http:/www.maidam.gov.my/index.php/ms/
– Aplikasi SnapNPay
#12- Sabah
Kadar Fitrah:
-RM 6.00/ RM 7.50
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
– Laman sesawang Ejen-ejen Bank
– Portal MyEG
– Aplikasi SnapNPay
– JomPAY
#13- Sarawak
Kadar Fitrah:
-RM 7.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
– Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek)
– Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
– Portal MyEG
– Maybank2U
– Aplikasi SnapNPay
#14- Wilayah Persekutuan
Kadar Bayaran:
– RM 5.00/ RM 7.00
Kaedah Bayaran:
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Kaunter PPZ-MAIWP
3. Bayaran atas talian:
– Melalui Portal PPZ (fitrah.zakat.com.my)
– Laman sesawang Ejen-ejen Bank (14 buah bank)
– PayHalal
– Portal MyEG
– Umobile
– Pos Online
No comments: