Ads Top

Berikut Senarai Harga Fidyah Mengikut Negeri Pada Tahun 2020

Fidyah adalah satu bentuk denda yang dikenakan kepada seorang Islam (yang telah baligh) kerana meninggalkan puasa pada bulan Ramadan dan tidak sempat menggantikan puasa tersebut sebelum memasuki Ramadan seterusnya.

Hukum membayar fidyah adalah wajib dan dikira mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Berikut adalah merupakan kadar bayaran fidyah mengikut negeri pada tahun 2020.

Wilayah Persekutuan – RM 4.00
Selangor – RM 1.80
Melaka – RM 1.80
Johor – RM 1.75
Pahang – RM 1.75
Terengganu – RM 1.75
Kelantan – RM 1.75
Kedah – RM 1.80
Penang – RM 1.75
Perak – RM 1.80
Perlis – RM 5.00
Negeri Sembilan – RM 1.75
Sarawak – RM 1.75
Sabah – RM 1.75

Ada juga yang bertanya, adakah boleh menggunakan kadar fidyah pada tahun 2020 untuk membayar fidyah bagi puasa yang telah ditinggalkan pada beberapa tahun lepas?

Jawapannya boleh, kerana kadar fidyah adalah mengikut tahun semasa. Kadar fidyah juga adalah bersamaan dengan 1/4 daripada bayaran zakat fitrah pada tahun tersebut.

Menurut keterangan seorang yang bertugas sebagai amil zakat, dikenali dengan nama Faisal Rahim di posting Twitter miliknya, beliau berkata sebaiknya memberi beras yang sama nilai dengan kadar fidyah di atas atau boleh dilebihkan kadarnya. Kemudian beras tersebut boleh lah diagihkan kepada asnaf fakir miskin di kawasan tempat tinggal.

Cara kedua, wang fidyah boleh diserahkan kepada institusi zakat untuk diuruskan. Ia akan turut ditukarkan kepada beras untuk diagihkan.

Beberapa institusi zakat negeri juga ada menyediakan kemudahan membayar fidyah secara dalam talian contohnya Lembaga Zakat Selangor (fpx.zakatselangor.com.my) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (https://epayment.maij.gov.my/).

Selain itu, anda juga boleh terus menggunakan sistem perbankan internet seperti Maybank2u dan juga Cimb Click untuk menyelesaikan urusan pembayaran fidyah dan juga zakat.

Baca juga:
Siapakah Yang Perlu Membayar Fidyah




No comments:

Powered by Blogger.