Ads Top

Warga Malaysia Di Iran Dan Itali Dijangka Pulang Dalam Masa Seminggu – Timbalan Menteri Luar

Menerusi persidangan media oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar mengatakan bahawa warga Malaysia dari Iran dan Itali dijangka dibawa pulang dalam masa seminggu.

Katanya lagi, kesemua 48 orang Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan Iran akan dibawa pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, jumlah rakyat Malaysia yang berada di Itali adalah 323 orang dan hanya 79 orang sahaja baru berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Itali. Hal ini kerana, ada di antara mereka yang tidak berhasrat untuk meninggalkan negara tersebut dan sudah bermaustatin di Itali.

Beliau menyeru kepada rakyat Malaysia yang belum berdaftar untuk di bawa pulang untuk bertindak dengan segera untuk dapatkan maklumat.

 

Sumber: Bernama TV

The post Warga Malaysia Di Iran Dan Itali Dijangka Pulang Dalam Masa Seminggu – Timbalan Menteri Luar appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.