Ads Top

(Video)COVID-19: China Buka Hospital Khas Covid-19 Bagi Kuarantin Orang Pulang Dari Luar Negara

China dilaporkan telah membuka hospital yang dibina khusus untuk virus Covid-19 bagi mengkuarantin orang yang datang dari luar negara.

Sekumpulan pelancong pertama yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing telah dibawa ke hospital Xiaotangshan hari ini, lapor media China.

Fasiliti tersebut telah dibina semula daripada pusat perubatan yang dibina untuk SARS. Pembinaan tersebut hanya mengambil masa selama 53 hari dan melibatkan lebih 15,000 tenaga kerja.

 

Berita tersebut datang selepas rakyat China yang berada di luar negara kini yakin bahawa negara mereka sudah selamat daripada pandemik koronavirus dan ramai yang dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air mereka itu.

Pihak berkuasa Beijing setakat ini telah mengenal pasti 54 orang rakyatnya yang telah dijangkiti di luar negara. Mereka berasa bimbang dengan peningkatan angka ‘kes import’ yang mungkin boleh merencatkan usaha mereka dalam membendung wabak tersebut.

Pihak berkuasa ibu negara China itu pada Isnin telah mengumumkan bahawa semua ketibaan antarabangsa untuk masuk ke Beijing perlu dikuarantin selama 14 hari.

Hospital yang khusus untuk virus itu dilengkapi dengan lebih daripada 1,600 katil dan lebih dari 600 pegawai perubatan yang ditugaskan untuk menguji kes yang disyaki dan merawat pesakit dengan gejala ringan, menurut wakil dari Suruhanjaya Kesihatan Beijing.

Fasiliti tersebut telah dibina dalam masa seminggu pada 2003 untuk merawat pesakit yang dijangkiti dengan virus SARS, yang telah meragut 774 nyawa sebelum ini.

Pada 23 Januari, pihak berkuasa Beijing telah membuat keputusan untuk membina semula hospital sebagai langkah untuk mengekang wabak koronavirus.

Keputusan itu dibuat selepas peningkatan kes yang dibawa oleh orang yang datang dari luar negara ke China.

Rakyat China yang berada di luar negara sanggup membayar tiket kapal terbang dengan harga yang mahal untuk pulang ke negara China yang kini sudah dianggap sebagai negara yang selamat daripada wabak Covid-19 itu.

Satu rakaman yang menunjukkan keadaan Lapangan Terbang Beijing penuh sesak dengan penumpang yang tiba daripada luar negara pada Ahad lepas selepas krisis kesihatan global telah menyebabkan berpuluh-puluh negara mengisytiharkan darurat.

Sumber: Daily Mail

The post (Video)COVID-19: China Buka Hospital Khas Covid-19 Bagi Kuarantin Orang Pulang Dari Luar Negara appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.