Ads Top

“Sila Beredar Segera Dari Kawasan Ini”, Video Polis Beri Arah Orang Awam Patuh Perintah Kawalan

WALAUPUN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil mengingkari arahan tersebut.

Melalui Facebook Polis Selangor hari ini, satu rakaman video dimuat naik ke halaman tersebut yang memaparkan anggota polis membuat amaran kepada orang awam yang berada di tempat terbuka.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera, tuan-tuan dan puan-puan. Anda diberi amaran untuk beredar dari tempat ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan.

“Sekiranya anda gagal mematuhi amaran ini, maka anda boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan & Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sila beredar dengan segera dari kawasan ini,” arahan anggota polis tersebut.

Berdasarkan rakaman tersebut, didapati beberapa orang berada di kawasan padang, iaitu salah satu lokasi yang dilarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (mass gathering).

Usaha polis itu mendapat pujian oleh netizen atas sebab langkah tegas yang terpaksa dilakukan dalam mengelak sebarang jangkitan berlaku.

Bagaimanapun, perbuatan orang awam yang masih berdegil itu telah mengundang kecaman daripada netizen.

Sumber: Facebook

 

The post “Sila Beredar Segera Dari Kawasan Ini”, Video Polis Beri Arah Orang Awam Patuh Perintah Kawalan appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.