Ads Top

(Video) Wakil WHO Dedah Gaza Mungkin Tak Mampu Tangani COVID-19 Kerana Sekatan Israel

SEKATAN Israel ke atas Gaza sejak 2007 lalu memberi laluan sukar kepada Gaza untuk membuat persediaan bagi menghadapi penularan jangkitan wabak Coronavirus (COVID-19) di wilayah itu.

Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Gaza, Abdul Nasser Soboh berkata, jika serangan jangkitan virus itu berlaku melebihi 100 kes, Gaza mungkin tidak mampu untuk berhadapan dengan ratusan atau ribuan kes di peringkat mereka.

“Kita perlu fikirkan sesuatu untuk situasi ini,” katanya dalam satu wawancara baru-baru ini.

Dalam pada itu, seorang jururawat yang bertugas di sana, Tahreer Al-Kitnany mendakwa, situasi tersebut akan menjadi lebih berbahaya jika berlaku di kawasan penempatan yang padat.

“Jika terdapat ratusan anak muda yang berhimpun di satu tempat, dan hanya seorang sahaja yang dijangkiti, maka wabak tersebut akan terus merebak ke seluruh Gaza.

“Jadi ini lebih membimbangkan berbanding tempat-tempat lain di seluruh dunia,” katanya.

Sekatan yang melibatkan laluan darat dan laut tersebut juga mengakibatkan Gaza mengalami kekurangan bekalan dan fasiliti perubatan.

“Kami akan cuba untuk melindungi keseluruhan bandar Gaza. Bagaimanapun, keupayaan kami agak kurang (dalam usaha membendung jangkitan). Kami perlu lebih berusaha untuk sebarang kecemasan dan ini memerlukan penglibatan daripada institusi kesihatan antarabangsa dan tempata,” jelas jurutera Perbandaran Gaza, Mohammad Al-Ashi.

Sumber: AJ+

The post (Video) Wakil WHO Dedah Gaza Mungkin Tak Mampu Tangani COVID-19 Kerana Sekatan Israel appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.