Ads Top

(Video) Siang Malam Bersedia, Luahan Sayu Pekerja Pembersihan Basmi Virus Covid-19

WUHAN, tempat bermulanya Coronavirus (Covid-19) tersebar sehingga ‘berjaya’ menjangkiti kira-kira lebih 110 ribu mangsa di seluruh dunia, kini sedang menjalani proses pembersihan secara berperingkat.

Dalam satu laporan China Daily menerusi Twitternya, satu rakaman video memaparkan aktiviti pembersihan yang dijalankan oleh petugas kebersihan di sekitar bandar itu.

Bukan sahaja memberi risiko pada keselamatan diri, malah mereka terpaksa tidur di pejabat pada waktu malam semata-mata untuk bersedia sekiranya berlaku kecemasan.

Meskipun berhadapan dengan cabaran, kerja-kerja pembersihan tersebut turut mendapat kerjasama awam serta dilaksanakan dengan perancangan yang teratur.

Guan Winjie

Pihak pengurusan bandar Wujiashan, Guan Winjie (gambar) berkata, dalam waktu penularan wabak ini, mereka melaksanakan satu protokol operasi baharu.

“Bagi kawasan perumahan yang tiada pengurusan (pembersihan) yang secukupnya, kami akan membersihkannya pada waktu yang ditetapkan dan tidak kurang tiga kali sehari.

“Kami juga menubuhkan satu pasukan khas yang akan menguruskan sampah di jalan-jalan utama bandar untuk memastikan tong sampah tidak terlebih muatan (sampah). Sampah tersebut akan dipindahkan setiap hari,” jelasnya.

Mereka bertugas lebih 10 jam sehari dalam memastikan bandar itu bersih daripada jangkitan Covid-19. Gambar: China Daily

Tambahnya lagi, mereka adalah pasukan yang bertugas di barisan hadapan sewaktu tempoh wabak ini.

“Staf kami telah melaksanakan satu pengorbanan yang besar (dalam kerja pembersihan) dengan bertugas tidak kurang 10 jam sehari, selama sebulan lebih sejak 23 Januari lalu.

“Kami amat mengambil berat akan sampah di tiga buah hotel yang digunakan sebagai fasiliti kuarantin bagi pesakit-pesakit dewasa dan kanak-kanak.

“Kami turut menggerakkan tugasan khas seperti menguruskan sisa buangan perubatan,” katanya.

Beberapa lori pembersihan di jalan-jalan bandar yang sedang bertugas. Gambar: China Daily

Tanggungjawab sosialnya itu melahirkan rasa bimbang dalam kalangan ahli keluarganya namun Guan tetap fokus melaksanakan tugas dengan baik.

“Pekerja pembersihan adalah petugas baris hadapan dalam langkah pencegahan penyakit,” ujarnya.

Sumber: China Daily

The post (Video) Siang Malam Bersedia, Luahan Sayu Pekerja Pembersihan Basmi Virus Covid-19 appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.