Ads Top

TERKINI: Warga Emas 61 Tahun Korban Terbaru COVID-19, 27 Kematian Keseluruhan Setakat Ini

Putrajaya, 28 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan satu lagi kes kematian melibatkan pesakit COVID-19 di Malaysia.

Pesakit merupakan kes ke-2162, merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 61 tahun. Pesakit dilaporkan mempunyai latar belakang diabetes dan darah tinggi.

Pesakit dimasukkan ke Hospital Tangkak pada 24 Mac sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi.

The post TERKINI: Warga Emas 61 Tahun Korban Terbaru COVID-19, 27 Kematian Keseluruhan Setakat Ini appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.