Ads Top

Solat Sunat Hajat Akan Dilakukan Serentak Hari Ini Di Seluruh Negara Selepas Solat Zohor

Pelbagai cara sadang diusahakan bagi melalui ujian pandemik COVID-19 sama ada daripada sudut perubatan, langkah pencegahan mahupun keselamatan.

Manakala daripada sudut amal ibadah pula, umat Islam biasanya akan menunaikan Solat Sunat Hajat apabila ingin meminta suatu hajat dan keinginan. Hal ini kerana, umat Islam umumnya percaya bahawa setiap perkara yang terjadi di dunia ini adalah dengan keizinan Allah jua.

Sehubungan dengan itu, KDYMM Tuanku Agong telah menitahkan supaya umat Islam di seluruh negara menunaikan Solat Hajat bersama-sama.

Solat Hajat ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara pada hari ini (Jumaat), 27 Mac 2020 selepas solat Zohor (1.00 – 2.00 petang) di kediaman masing-masing.

Marilah kita bersama-sama memenuhi hari Jumaat yang mulia ini dengan doa dan zikrullah serta memohon kepadaNya agar diselamatkan daripada ujian wabak COVID-19 ini. InsyaAllah.




No comments:

Powered by Blogger.