Ads Top

Menteri Saran Pendekkan Khutbah Jumaat

Perlu menghadiri solat Jumaat atau tidak?

Ia masih lagi menjadi persoalan setiap kali hampir tiba hari Jumaat. Buat umat Islam, solat Jumaat adalah kewajipan yang wajib dilaksanakan secara berjemaah. Namun, berikutan kes Covid-19 yang mengambil tempat hampir di seluruh dunia semakin membimbangkan semua.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengeluarkan kenyataan agar khutbah Jumaat dipendekkan. Saranan tersebut dikeluarkan selepas solat sunat Dhuha dan solat hajat pada Tausiyah Am agensi agama di bawah kementerian pagi tadi.

Saranan itu juga diikuti dengan pengambilan wuduk di rumah dan mengelakkan daripada menghadiri sebarang bentuk perhimpunan atau kawasan yang dikenal pasti terdapat wabak tersebut.

Tambah beliau lagi, pihak masjid juga perlu berganding bahu dalam menangani kes ini dengan menyediakan cecair pembasmi kuman.

Buat masa ini, solat Jumaat masih diteruskan seperti biasa kecuali buat mereka yang telah dinasihati untuk dikuarantin dan juga mempunyai tanda-tanda wabak ini selepas mendapatkan nasihat doktor.

Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah dinasihatkan untuk sentiasa memakai topeng muka dan cecair pembasmi kuman. Elakkan kontak rapat sesama manusia dan berada di kawasan yang dijangka terdapat wabak ini.

Sehingga hari ini, kes yang disahkan positif di Malaysia adalah sebanyak 149 kes. Untuk maklumat lanjut berkenaan Covid-19, layari Kementerian Kesihatan Malaysia .

Baca juga:
Hukum Memakai Face Mask Ketika Solat




No comments:

Powered by Blogger.