Ads Top

COVID-19: Malaysia Mohon China Hantar Pakar Perubatan, Bantu Barisan Hadapan Negara – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 24 Mac– Kerajaan sedang berunding dengan kerajaan China untuk memohon negara berkenaan menghantar pakar perubatan mereka ke negara ini bagi membantu petugas barisan depan negara memerangi COVID-19 habis-habisan.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata ini antara peranan dimainkan Wisma Putra dalam menggunakan hubungan baik negara dengan kerajaan-kerajaan di luar negara bagi mendapatkan bantuan dalam memerangi wabak berkenaan.

“Susulan perbincangan ini, saya difahamkan pakar perubatan dari 26 buah hospital di Malaysia akan mengadakan persidangan menerusi video dengan pakar-pakar perubatan yang berada di China pada Khamis ini (26 Mac 2020) bagi berkongsi kaedah serta strategi terbaik dalam melawan COVID-19,” katanya pada sidang media yang diadakan secara langsung melalui akaun Facebooknya, hari ini.

Sumber: BERNAMA

The post COVID-19: Malaysia Mohon China Hantar Pakar Perubatan, Bantu Barisan Hadapan Negara – Hishammuddin appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.