Ads Top

(Video) Rakaman Tular 20 Orang Pesakit Koronavirus Sembuh Bersorak Keluar Hospital

Novel Koronavirus yang melanda beberapa buah negara menjadi semakin membimbangkan apabila angka kematian meningkat kepada 259 orang di China.

Namun, terbaru rakaman 20 orang pesakit dikatakan telah sembuh tersebar di laman media sosial. Pesakit-pesakit itu dirakam bersorak gembira kerana dipercayai terselamat daripada ancaman virus.

 

Hospital Jinyintan merupakan salah sebuah kemudahan utama yang merawat pesakit koronavirus di Wuhan.

Rakaman tersebut memaparkan pesakit telah dibenarkan pulang pada jam 5 petang waktu tempatan selepas menjalani rawatan.

Keterujaan yang terpancar pada wajah pesakit sudah cukup membuktikan bahawa mereka sangat lega.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 259 orang telah meninggal dunia akibat daripada wabak ini dan dilaporkan 11,791 orang telah dijangkiti di China. Kebanyakan kematian terbaru yang dicatatkan adalah dari wilayah Hubei.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Rakaman Tular 20 Orang Pesakit Koronavirus Sembuh Bersorak Keluar Hospital appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.