(Video) Paus Francis Jatuh Sakit Selepas Pertemuan Nyatakan Sokongan Pesakit Coronavirus
Paus Francis telah membatalkan rancangannya untuk berkunjung ke Rom kerana tidak sihat, lapor Vatican.
Paus yang berumur 83 tahun itu memilih untuk tinggal di dalam Santa Marta, hotel Vatican yang didiaminya, kata wakilnya Matteo Bruni.
“Semua komitmen lain akan diteruskan seperti biasa.”
Pembatalan tersebut dibuat sehari selepas Paus Francis dilihat menyentuh salah seorang pengunjung yang memakai topeng muka di majlis Ash Wednesday di St Peter’s Square.
Sesetengah perkhidmatan Lent Ash Wednesday dibatalkan serta terhad di kawasan utara Itali yang dilanda dengan penularan wabak koronavirus. Di Rom, sebanyak 3 kes positif Covid-19 dilaporkan berlaku, namun ketiga-tiga kes itu telah pulih.
Paus Francis dilihat terbatuk-batuk, mengusap hidungnya serta bercakap dengan suara yang sedikit serak sepanjang majlis itu.

Namun belum ada mana-mana sumber lagi yang dapat mengesahkan bahawa Paus Francis dijangkiti dengan Covid-19, dan pihak Vatican sendiri belum menyatakan apa-apa lagi berkenaan dengan hal itu.
Umum telah mengetahui bahawa Paus Francis pernah mempunyai masalah kesihatan sebelum ini. Ketika beliau di usia 20-an, sebahagian paru-parunya terpaksa dibuang kerana tuberkulosis.
Beliau juga dilaporkan masih lagi menjalani rawatan fisioterapi untuk sakit kakinya kerana sciatica, yang menyebabkannya menghadapi kesukaran untuk menaiki tangga.
Namun secara amnya beliau masih lagi sihat dan jarang untuk membatalkan mana-mana majlis yang perlu dihadirinya.
Itali kini merupakan negara di benua Eropah yang paling teruk diserang virus Covid-19, dengan lebih dari 400 kes dan 12 kematian akibat daripada wabak virus itu dilaporkan terjadi di negara tersebut.
Sumber: Sky News
The post (Video) Paus Francis Jatuh Sakit Selepas Pertemuan Nyatakan Sokongan Pesakit Coronavirus appeared first on Siakap Keli.
No comments: