Kefahaman Dalam Beragama Adalah Anugerah Allah
Mu’awiyah ibn Abi Sufyan – radhiyalLaahu ‘anhu – menyebutkan bahawa dia mendengar RasululLah – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – bersabda:
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
“Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan (terhasil) melaluinya, maka Dia akan menjadikannya faham agama ini!” (HR al-Bukhari & Muslim)
Syaikh Taqiuddin al-Harrāni (w.728 H) menyebutkan,
كُلُّ مَنْ أَرَادَ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا لَا بُدَّ أَنْ يُفَقِّهَهُ فِي الدِّينِ
Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya, maka Allah akan menjadikannya faham perihal agama ini.
فَمَنْ لَمْ يُفَقِّهْهُ فِي الدِّين، لَمْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا
Sesiapa yang Allah tidak menjadikannya faham perihal agama ini, ia tanda bahawa Allah tidak menginginkan kebaikan untuknya.
وَالدِّينُ : مَا بَعَثَ اللَّهُ بِهِ رَسُولَهُ؛ وَهُوَ مَا يَجِبُ عَلَى الْمَرْءِ التَّصْدِيقُ بِهِ وَالْعَمَلُ بِهِ
Perihal agama ini merujuk kepada apa yang Allah hantarkan melalui RasulNya (iaitu al-Quran),
Ia menjadi kewajipan bagi setiap orang untuk membenarkannya dan beramal dengannya.
وَعَلَى كُلِّ أَحَدٍ أَنْ يُصَدِّقَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا أَخْبَرَ بِهِ، وَيُطِيعَهُ فِيمَا أَمَرَ، تَصْدِيقًا عَامًّا، وَطَاعَةً عَامَّةً
Begitu juga, menjadi kewajiban bagi setiap orang untuk membenarkan (peranan) Muhammad – sallalLaahu ‘alaihi wa sallam – pada setiap khabar yang dia sampaikan dan mentaati arahannya, dengan sepenuh keyakinan dan ketaatan. (Majmu’ al-Fatawa)
Pastinya kefahaman agama ini tidak datang dengan sendirinya, ia perlu usaha dan kesungguhan para pencarinya.
Imam an-Nawawi (w.676H) dengan ringkas menggambarkan,
فِيهِ : فَضِيلَةُ الْعِلْمِ وَالتَّفَقُّهِ فِي الدِّينِ وَالْحَثِّ عَلَيْهِ، وَسَبَبُهُ أَنَّهُ قَائِدٌ إِلَى تَقْوَى اللَّهِ تَعَالَى
Pada hadis ini, (terdapat pengajaran penting tentang) keutamaan ilmu dan (keutamaan) usaha memahami hal-ehwal agama, malah ia juga menunjukkan galakannya.
Ini kerana kefahaman agama ini merupakan pembimbing yang memandu kita ke arah ketaqwaan kepada Allah. (Syarh Sahih Muslim)
Imam Ibn Hajar al-Asqalani (w.852H) pula menyebutkan,
وَمَفْهُومُ الْحَدِيثِ أَنَّ مَنْ لَمْ يَتَفَقَّهْ فِي الدِّينِ
Apa yang difahami dari hadis ini ialah: Sesiapa yang tidak berusaha untuk memahami agama ini,
أَيْ: يَتَعَلَّمْ قَوَاعِدَ الْإِسْلَامِ وَمَا يَتَّصِلُ بِهَا مِنَ الْفُرُوعِ
iaitu dengan mempelajari kaedah-kaedah agama Islam dan cabang ilmu yang berkaitan dengannya,
فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْرَ
maka dia terhalang dari mendapatkan kebaikan (yang Allah janjikan tersebut).’
(Fathul Bari)
#BroSyariefShares
#RamadhanCountdown
No comments: