Ads Top

Hanya Kerana Lambat Siapkan Pakaian, Anak Tergamak Tendang Kepala Ibu

Hanya kerana benda remeh remaja perempuan berusia 17 tahun dari Desa Tuatuka, Kupang, Indonesia sanggup memukul serta menendang ibu kandungnya sendiri secara berulang kali.

Ibu kepada remaja itu dilaporkan dianiaya dengan cara ditendang dan dipukul di bahagian kepala serta punggung secara berulang kali.

Aksi penganiayaan itu kemudiannya dirakam oleh seseorang. Video tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Saksi yang menyaksikan perbuatan tersebut seterusnya melaporkan kejadian penganiayaan itu kepada pihak polis.

Sejurus selepas itu, pihak polis bertindak menahan remaja berkenaan.

Ketua polis daerah Kupang, Kombes Johannes Bangun menyatakan bahawa kejadian itu berlaku di dalam bilik remaja tersebut pada Rabu (26/2/2020).

“Masalahnya berpunca daripada benda yang remeh sahaja. Remaja tersebut meminta ibunya untuk menyiapkan baju yang akan dipakai anaknya itu untuk keluar berjalan-jalan di Kota Kupang,” ujar Johannes.

Menurut Johannes, ketika diminta menyiapkan baju, ibu remaja tersebut meminta anaknya itu supaya bersabar kerana dia sedang memasak di dapur.

Namun, kerana hilang sabar, remaja tersebut telah bertindak memarahi ibunya. Hal itu kemudiannya berakhir dengan pertengkaran dan penganiayaan.

“Ketika ini remaja itu telah ditahan dan dibawa ke balai polis Kupang untuk siasatan lanjut,” kata Johannes.

Video yang berdurasi selama 24 saat itu memaparkan sang ibu yang hanya terduduk pasrah sambil menangis.

Remaja itu kemudiannya datang dan bertindak memukul ibunya sebanyak dua kali di bahagian kepala.

Remaja yang masih lagi belajar itu juga turut menendang kepala dan punggung ibunya secara berulang kali.

Kejadian penganiayaan itu berjaya diredakan selepas seorang jirannya datang untuk menenangkan kedua-duanya.

Kejadian tersebut kemudiannya dilaporkan kepada pihak polis.

Sumber: Kompas

The post Hanya Kerana Lambat Siapkan Pakaian, Anak Tergamak Tendang Kepala Ibu appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.