Rasa Tenang Juga Adalah Satu Bentuk Rezeki
Perasaan marah yang terbuku dalam dada boleh membuatkan kita hidup dalam keadaan tidak tenteram dan keluh kesah, seakan-akan ada api yang sedang membara dalam dada.
Ada orang yang tidak dapat mengawal kemarahan sehingga melakukan kekerasan. Malah, lebih teruk lagi kita pernah mendengar orang yang sanggup membunuh kerana dendam dan tidak dapat menahan perasaan marah.
Walau bagaimanapun, mengawal kemarahan adalah suatu yang bukan mustahil. Ia boleh dilatih.
Kelebihan yang diperoleh apabila seseorang itu mengawal marah bukan hanya untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni dengan orang di sekeliling sahaja, malah Allah menjanjikan ganjaran di akhirat kelak buat orang yang kerap bersabar.
Rasa tenang juga adalah salah satu bentuk rezeki. Apabila seseorang berasa tenang dan tenteram, ia juga akan menambahkan lagi iman dan mendorong seseorang untuk lebih banyak melakukan kebaikan.
“Dia lah yang menurunkan rasa tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada…” (Surah Al-Fath 48:4)
No comments: