Ads Top

(Video) Viral Detik-Detik Pengunjung Melayang Dari Buaian Funfair, Besi Penghadang Tiba-Tiba Terbuka Di Udara

Beberapa pengunjung di sebuah taman hiburan fun fair tercedera selepas permainan yang dinaiki mereka itu mengalami kesilapan teknikal sehingga menyebabkan beberapa pengunjung tercampak keluar daripada permainan tersebut.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah karnival di Lopburi, Thailand. Ketika kejadian, seramai 14 orang dikatakan menaiki permainan yang dikenali sebagai ‘cliffhanger’ itu.

Detik-detik cemas tersebut berjaya dirakam oleh pengunjung yang sedang menyaksikan aksi permainan tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak yang tercampak keluar daripada permainan tersebut telah tercedera di bahagaian dahi, manakala seorang lagi remaja perempuan didakwa cedera di bahagian kaki.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku susulan daripada insiden tersebut.

Sumber: Viral Press

The post (Video) Viral Detik-Detik Pengunjung Melayang Dari Buaian Funfair, Besi Penghadang Tiba-Tiba Terbuka Di Udara appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.