Ads Top

(Video) Pakcik Berdiri Tengah Jalan Nyaris Maut, Gigih Elak Kereta Terbabas Dipercayai Akibat Jalan Licin

Satu video yang tersebar di media sosial memaparkan kejadian kemalangan didakwa berlaku di sebuah jalan raya di Korea Selatan telah menjadi tular di media sosial.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca kerana salji cair di permukaan jalan sehingga menyebabkan jalan menjadi licin.

Dalam video tersebut, beberapa kereta dilihat merempuh penghadang jalan serta kenderaan kerana tidak dapat mengawal kenderaan selepas melalui jalan tersebut.

Video yang berdurasi selama 59 saat itu telah mendapat sebanyak lebih 17 ribu tontonan di media sosial Twitter.

Video tersebut juga boleh memberi pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.

Sumber: Twitter

The post (Video) Pakcik Berdiri Tengah Jalan Nyaris Maut, Gigih Elak Kereta Terbabas Dipercayai Akibat Jalan Licin appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.