Ads Top

(Video) Bangga, Kanak-Kanak Cuci Surau, Ganti Imamkan Solat Sebab Bosan Cuti Sekolah

Menjelang musim cuti sekolah, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh ibu bapa untuk anak-anak.

Ada yang pergi bercuti, ada yang dihantar tuisyen bagi menjalani peperiksaan tahun hadapan.

Namun, tidak bagi sekumpulan kanak-kanak yang menghabiskan masa cuti mereka dengan membersihkan surau.

Seorang warga Twitter @adhanazrx telah memuat naik satu kiriman bagaimana dia bertemu kanak-kanak tersebut.

Saya terjumpa seorang budak di surau baiduri, dia dan kawan-kawanya tengah cuci surau sebab bosan cuti sekolah. Pergh, dah la mula cuci surai dari 7.30 pagi. Kemudian, saya bawak mereka pergi minum dan mendengar cerita mereka. Kecil-kecil dah jadi bilal dan selalu gantikan imam solat fardhu. Respect !

Kemudian mulut tidak berhenti sebut “Terima kasih abang belanja,” dan ayat terakhir dia “Kalau ada rezeki jumpa lagi Assalamualaikum”.

Selain itu, apabila ditanya mengenai cita-cita kanak-kanak tersebut, dia menjawab ingin menjadi bilal masjid negeri.

Waktu cuti kanak-kanak itu dihabiskan dengan kerja-kerja yang mulia. Semoga berjaya dimasa akan datang dan dapat mencapai cita-cita yang diingini.

Sumber : Twitter

The post (Video) Bangga, Kanak-Kanak Cuci Surau, Ganti Imamkan Solat Sebab Bosan Cuti Sekolah appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.