Ads Top

Menyingkap Kembali Banjir Besar Yang Pernah Berlaku

Musim tengkujuh bermula lagi. Buat mereka yang berada di negeri-negeri pantai timur terutamanya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang terjadi.

Terkini dilaporkan sudah beberapa derah yang mengalami banjir dan beberapa kawasan telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Berdasarkan info banjir yang telah dikeluarkan, empat sungai telah mencatat bacaan pada paras bahaya antaranya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.

Banjir merupakan kejadian alam yang akan berlaku disebabkan hujan lebat yang mencurah di beberapa kawasan diikuti dengan sistem perparitan yang kurang baik.

Banyak lagi sebab terjadinya banjir dan bah besar ini. Malah, apabila ditelusuri sejarah, ternyata banyak kejadian banjir besar yang pernah berlaku sehingga meragut nyawa dan mengakibatkan kerugian sehingga jutaan ringgit.

#1 – Banjir Besar Kuala Lumpur 1971

Tahukah anda, Kuala Lumpur pernah dilanda banjir besar sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM87.4 juta.

Kuala Lumpur telah tenggelam hampir 50 peratus dan Perdana Menteri waktu itu, iaitu Tun Razak telah mengisytiharkan darurat kepada seluruh negeri.

Dikatakan juga seramai 57 orang yang telah terkorban dalam banjir itu dan Tun Razak telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan jawatankuasa peringkat kabinet bagi menangani masalah tersebut.

Banjir ini telah berlaku pada Januari 1971 dan dianggap sebagai bah paling besar yang pernah terjadi di Malaysia selepas banjir pada tahun 1926 dan 1946.

#2 – Banjir China 1931

China juga pernah mengalami banjir besar, iaitu pada tahun 1931. Ia terjadi apabila air dari Sungai Yangze dan Huai melimpah dengan banyaknya.

Kejadian ini dikatakan telah meragut nyawa seramai 2 juta penduduk dan kerugian harta benda yang melampau.

Banjir ini melibatkan beberapa batang sungai seperti Sungai Huang He dan Sungai Jing-Hang, iaitu sungai yang terbesar dan terpanjang di China.

#3 – Kisah Bah Pada Kaum Nuh

Kisah ini telah diceritakan di dalam Al-Quran dan juga beberapa catatan sejarawan. Ia merupakan banjir paling besar yang pernah berlaku di dunia.

Banjir ini merupakan azab kepada kaum yang menolak ajaran Islam sekali gus melakukan perkara terkutuk seperti penyembahan patung dan berhala.

Sebelum banjir besar ini berlaku, Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Nuh AS untuk membina sebuah bahtera besar bagi menyelamatkan diri dan manusia yang beriman.

Dikatakan bahawa, hanya 83 orang sahaja yang yang selamat daripada banjir tersebut termasuk Nabi Nuh dan tiga orang anaknya, iaitu Saam, Yaafith dan Haam.

فَأَنجَيْنَاهُ وَمَن مَّعَهُ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ الْبَاقِينَ

Mafhum: “Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk). Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).” (Ash-Shu’ara, 26:119-120)

Kesimpulan

Banjir-banjir yang pernah berlaku sama ada dicatat dalam sejarah mahupun tidak, merupakan pengajaran yang perlu diambil iktibar.

Pada musim banjir ini, adalah lebih baik untuk bersedia sama ada mental dan fizikal baik dari sudut rakyat mahupun kerajaan.

Sentiasa berjaga-jaga dan mengambil makluman berkenaan informasi banjir semasa, sama ada melalui internet atau secara terus di laman Info Banjir .

Baca Juga:
Banjir Pada Zaman Nabi Nuh

Rujukan:
Mufti Wilayah
Disaster History




No comments:

Powered by Blogger.