Ads Top

Fantastic Baby Lagu Paling Dicari Pusat Karaoke Di Jepun

Gergasi pusat karaoke Jepun, Daiichikosho baru-baru ini mengeluarkan senarai lagu yang paling dicari pengunjung mereka sepanjang tahun 2019.

Mengungguli carta ialah lagu Fantastic Baby nyanyian kumpulan Big Bang. Selain lagu tersebut, empat lagi lagu kumpulan itu turut tersenarai dalam ‘top 10’ lagu paling popular iaitu Haru-Haru, Bang Bang Bang serta dua lagu solo ahli mereka iaitu Crooked oleh G-Dragon dan Eyes, Nose, Lips nyanyian Taeyang.

Lagu nyanyian BoA, Twice dan BTS turut menjadi kegemaran ramai kaki karaoke di negara Matahari Terbit itu.

Data itu dikumpul Daiichikosho bermula 1 Januari 2019 sehingga 16 November lalu.

Big Bang yang dianggotai Top, G-Dragon, Taeyang dan Daesung bakal memeriahkan kembali industri hiburan selepas masing-masing selesai menunaikan kewajipan menyertai kem tentera yang disertai sejak dua tahun lalu. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.