Ads Top

Betulkah Anda Sedang Berada Dalam Hubungan Toksik

Lebih banyak menangis dan memendam rasa, itu antara komen yang diutarakan oleh seorang warga net ketika berkongsi pandangan mengenai hubungan toksik.

Hubungan toksik merupakan istilah terkini yang digunakan bagi menunjukkan hubungan yang sedang dijalani itu tidak sihat kepada diri sendiri dan juga emosi seseorang.

Jika ditanya kepada penulis, sesebuah hubungan toksik itu ialah apabila ia tidak menjadikan anda diri yang sebenar.

Anda terlalu ingin memenuhi ekspetasi pasangan dan menjadikan diri anda tampak sempurna di mata mereka. Dalam masa yang sama, anda seolah-olah memaksa diri anda untuk menjadi seperti orang lain agar pasangan anda menyedari kelebihan dan untuk menutup kekurangan yang ada.

Perhubungan sama ada percintaan, persahabatan, keluarga dan sebagainya merupakan sebuah warna yang perlu dicorak untuk saling melengkapi. Tiada manusia yang sempurna, pasti wujud kelebihan dan kekurangan.

Allah pertemukan anda dan sahabat pasti ada sebabnya, sama ada untuk mengubahnya atau untuk diubah. Namun, yang paling penting ialah ia wujud atas dasar saling melengkapi. Hubungan itu sendiri adalah untuk membahagiakan.

Memberi kebahagiaan kepada diri sendiri, kepada pasangan, emosi dan mental seseorang. Itu yang paling utama. Tatkala sesebuah hubungan itu banyak air mata daripada hilai tawa, mungkin anda perlu berfikir semula mengenai hubungan tersebut.

Namun, betul atau tidak anda sebenarnya sedang berada dalam hubungan toksik? Adakah anda sendiri yang menjadikan hubungan itu sebagai perkara yang menyusahkan diri anda?

Tanpa sedar, mungkin anda sendiri yang mengharapkan kesempurnaan dalam hubungan tersebut tanpa memikirkan perasaan sebenar pasangan – meletakkan ekspetasi yang tinggi kepadanya dan apabila tidak dipenuhi anda akan mengalami kekecewaan yang besar.

Bagaimana untuk menentukan anda sedang berada dalam hubungan yang kurang sihat? Lihat kepada hubungan yang anda sedang lalui sekarang, sama ada lebih banyak air mata mahupun senyum.

#1 – Hilang diri sendiri kerana cuba meletakkan kesempurnaan

#2 – Kurang kepercayaan terhadap pasangan

#3 – Kurang komunikasi

#4 – Pasangan kerap naik tangan kepada diri anda (dipukul atau ditampar)

#5 – Anda merasa terbeban dengan hubungan tersebut

#6 – Anda sering dimanipulasi dengan kata-kata manisnya

Jika anda sedang mengalami hubungan ini atau anda sendiri yang menyebabkan hubungan tersebut menjadi demikian, adalah lebih baik untuk anda membaikinya sama ada bermula dengan diri sendiri atau pasangan anda.

Baca Juga:
Bagaimana Untuk Membaiki Tali Hubungan Anda




No comments:

Powered by Blogger.