Ads Top

Antara Solat Sunat & Majlis Ilmu – Lihat Apa Kata Baginda SAW

Penulis teringat akan satu situasi semasa sedang mendengar ceramah agama di sebuah masjid sewaktu zaman persekolahan.

Seorang pemuda telah masuk ke dalam masjid. Pada awalnya beliau kelihatan ingin beristirehat, namun apabila ternampak sebuah majlis ilmu yang sedang berlangsung di suatu sudut, beliau terus mengambil wuduk dan melaksanakan solat sunat dua rakaat. Sejurus selepas itu, beliau terus menyertai majlis ilmu tersebut.

Apabila ditanyakan kepada salah seorang kenalan saya, ternyata ada hadis sahih berkenaan situasi tersebut.

Salah seorang sahabat Baginda pernah mendatangi masjid ketika Baginda SAW sedang menyampaikan khutbah Jumaat.

Walau bagaimanapun, beliau terus duduk untuk mendengar khutbah tersebut, namun perbuatannya itu ditegur oleh Baginda SAW dan dirakamkan menerusi sebuah hadis Riwayat Muslim:

جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِىُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَخْطُبُ فَجَلَسَ فَقَالَ لَهُ يَا سُلَيْكُ قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا – ثُمَّ قَالَ – إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا

Maksud: “Sulaik Al-Ghaftani datang pada hari Jumaat dan pada ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhutbah. Lalu Sulaik terus duduk. Maka, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Sulaik, bangunlah dan solatlah dua rakaat dengan menyegerakannya.” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Jika salah seorang dari kalian datang (ke masjid) pada hari Jumaat dalam keadaan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2061)

Khutbah Jumaat merupakan salah sebuah syarat sah kepada solat Jumaat. Walau bagaimanapun, Baginda SAW tetap memerintahkan untuk tidak ditinggalkan sunnah melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

Malah, menurut beberapa periwayatan ulama, apabila terdapat majlis ilmu yang sedang berlangsung, maka perlu disegerakan menyelesaikan solat wajib atau sunat yang sedang dilakukan untuk mendengar dan mengambil berkat terhadapnya.

Besarnya keutamaan menuntut ilmu sehingga manusia disuruh untuk mempelajarinya, namun dalam masa yang sama tidak boleh meninggalkan sunnah dan kewajipan yang lain.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah




No comments:

Powered by Blogger.