Ads Top

Allah Mengutus Surah Ini Saat Umat Islam Hilang Motivasi

(Perkongsian dalam video di atas disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan, diterbitkan oleh IluvUAllah)

Surah Al-Hadid telah diturunkan di Madinah 4 tahun selepas Hijrah. Namun kandungan surah ini seakan-akan Surah Makiyyah kerana enam ayat pertama dalam surah ini menekankan tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

Mari kita teliti dahulu ayat-ayat tersebut:

سَبَّحَ لِلَّـهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ ۚ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

لَّهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّـهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۚ وَهُوَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Mengapakah ayat ini diulang semula oleh Allah sedangkan Islam ketika itu semakin dikenali dan mendapat sokongan yang kuat?

Ini kerana Allah tahu, motivasi dan juga semangat umat Islam di Madinah sedikit demi sedikit telah berubah. Tambahan pula, ada cabaran dalam komuniti mereka – ada pula golongan yang baru memeluk Islam, golongan munafik yang menyembunyikan kepalsuan iman mereka, dan juga golongan Muslim yang cuba mempertahankan iman mereka.

Allah ingin mengingatkan semula mereka, Allah ingin ‘memperbaharui’ semula keyakinan mereka tentang Allah. Allah ingin mengingatkan mereka supaya bertasbih mengagungkan Allah, supaya tidak takut dengan musuh-musuh Islam kerana segala apa yang ada di langit dan di bumi tidak sesekali terlepas daripada kawalan Allah.

Pengajaran yang sama juga patut kita pelajari. Saat iman terasa lemah, ibadah semakin hilang kualiti, dan semakin jarang-jarang zikir meniti di bibir. Maka tataplah semula kata-kata Allah dari surah ini. Semoga iman kita subur semula.




No comments:

Powered by Blogger.