(Video)”Tuanku Dan Saya Cukup Suka Lukisan Ni” Kreatif Dan Berseni, Bakat Pemuda Ini Curi Tumpuan Permaisuri Agong
Mendapat perhatian orang yang kita minati pastinya membuatkan hati berbunga-bunga. Apatah lagi jika mendapat perhatian Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong, berdebar hati dibuatnya.
Inilah yang dilalui oleh seorang pelukis dan penulis buku Arkitek Jalanan yang dikenali sebagai Teme Abdullah apabila Tuanku Permaisuri memuji potret yang dihasilkannya semalam.
Teme menghasilkan potret Seri Paduka Baginda berdua sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-62 dan memuatnaik video tersebut di laman sosialnya semalam.
Kirimannya telah diulangkicau oleh Tuanku Permaisuri Agong di Twitter dan turut mendapat komen penghargaan baginda di Instagram.


Tuanku Permaisuri Agong turut berkenan untuk mendapatkan potret tersebut.

Kecil tapak tangan, nyiru patik tadahkan

Jom, tonton video lukisan tersebut di bawah.
tuanku dan saya cukup suka dgn gambar lukisan ini @itsteme …. terima kasih! pic.twitter.com/qBM8W5WQPB
— azizah iskandar (@cheminahsayang) September 1, 2019
Our beloved King of Malaysia,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.Selamat Hari Merdeka ke-62#AgongKita #Merdeka #SayangiMalaysiaKu pic.twitter.com/oTidkzc6OE
— teme Abdullah (@itsteme) August 31, 2019
i am so touched n humbled ….. https://t.co/AzDaCJ4AbQ
— azizah iskandar (@cheminahsayang) August 30, 2019
Sumber: Tuanku Permaisuri Agong, Teme Abdullah
No comments: