(Video)”Kan Lorong Dah Sempit Tu”, Penunggang Terbabas Di Bahu Jalan Nyaris ‘Dilenyek’ Bas Sedang Bergerak
Menunggang motosikal di atas jalan raya bukan sahaja memerlukan kemahiran mengendali kenderaan dengan baik, namun perhatian sepenuhnya juga diperlukan agar tidak berlaku sebarang kemalangan. Perkara ini adalah kerana penunggang motosikal merupakan golongan yang paling berisiko untuk cedera parah sekiranya terlibat dalam kemalangan.
Seperti satu rakaman video yang berjaya dirakam menggunakan kamera dashcam, sebuah motosikal dilihat terbalik di sebelah bas yang sedang bergerak.
Apa yang merisaukan ialah keadaan penunggang motosikal terbabit yang nyaris-nyaris ‘dilenyek’ oleh bas yang bergerak berhampiran dengannya. Namun, mujurlah motosikal berkenaan terbalik pada arah yang bertentangan dengan bas tersebut.
Melihat kepada beberapa komen yang diturunkan oleh netizen, ramai yang berpendapat bahawa ketika kejadian itu berlaku, penunggang motosikal tersebut tidak sepatutnya menyelit di laluan sempit berkenaan kerana bas yang bersaiz besar mempunyai penglihatan titik buta yang tidak dapat dilihat oleh pemandu.
Selain itu juga, rata-rata warganet juga turut menasihati para ‘rider’ untuk lebih berhati-hati ketika berada di atas jalan raya supaya tidak terlibat dalam kejadian yang tidak diingini.
“Elakkan menyelit..mengalah adalah lebih baik dengan keadaan macam tu”
“Aduhai boss..kan lorong dah sempit tu..jangan buat main-main”
“Pada rider jika lorong kecemasan tak besar jangan sekali mengikut laluan kiri di antara kenderaan berat”
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
No comments: