Ads Top

MyIPU – Aplikasi Yang Membantu Anda Lebih Berjaga-Jaga Di Musim Jerebu

Keadaan jerebu sehingga hari ini masih belum surut, malah ia tetap berada dalam paras yang membimbangkan. Seluruh rakyat dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar rumah dan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Kebanyakan sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor Bharu pula baru sahaja dibuka setelah beberapa hari ditutup ekoran bacaan IPU yang sangat tinggi.

Terkini, tular di media sosial keadaan langit yang sangat merah di kawasan Jambi, Indonesia. Fenomena ini dipanggil ‘Hamburan Rayleigh’ ekoran cahaya matahari telah diserakkan oleh asap, habuk atau zarah yang padat di dalam udara.

Buat anda yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengetahui bacaan IPU atau mendapatkan maklumat semasa mengenai keadaan jerebu ini secara tepat dan pantas, anda boleh secara terus memuat turun aplikasi MyIPU.

Aplikasi ini memudahkan anda untuk mendapatkan bacaan terkini di tempat anda dengan status sama ada anda berada dalam keadaan selamat atau sebaliknya di kawasan kediaman anda dan juga tempat yang dituju.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melihat bacaan di kawasan lain dengan hanya menukar pada butang Map View dan pilih sahaja negeri yang ingin anda lihat. Pada bahagian ini, anda boleh menukar sama ada untuk melihat melalui paparan Map atau Satellite.

Untuk lebih dekat, tekan sahaja di bahagian State bagi memilih kawasan untuk dapatan semasa.

Melalui aplikasi ini lagi, anda boleh melihat pengumuman atau berita semasa pada bahagian Announcement. Anda juga boleh membuat carian sendiri berdasarkan butang Search untuk berita dan keadaan semasa yang diinginkan.

Aplikasi ini disediakan secara percuma oleh Kementerian Alam Sekitar dengan menggunakan maklumat terkini oleh Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Untuk dapatkan aplikasi ini, anda boleh secara terus ke Google Play Store atau tekan sahaja pautan yang disediakan: MyIPU




No comments:

Powered by Blogger.