Ads Top

Membela Dan Membelai Kucing Boleh Mengurangkan Risiko Strok – Kajian

Kepada penggemar kucing peliharaan, berita yang sangat baik untuk anda dan juga kucing.

Kajian dilakukan terhadap lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun telah menemui bahawa, individu yang membela kucing mempunyai 30% risiko lebih rendah untuk mendapat serangan penyakit jantung dan strok berbanding dengan individu yang tidak membela kucing.

Ramai yang menjadi pencinta kucing dan terdapat juga individu yang tidak suka, fobia atau alahan terhadap haiwan peliharaan seperti kucing. Mereka mungkin memiliki sebab tertentu mengapa tidak suka kepada kucing.

Namun, anda yang tiada alahan pada kucing, cuba belajar untuk mencintai, membela dan membelainya. Ia pasti membuatkan tekanan darah anda lebih terkawal, kebimbangan dan stress anda akan berkurang dan anda tidak akan berasa sunyi.

Berikut merupakan perkongsian daripada Public Health Malaysia tentang penemuan berita baik berkenaan membela dan membelai kuicng.

Kajian yang yang dilakukan kepada lebih 4000 individu selama tempoh 10 tahun menemui, 

✔ Pemilik kucing mempunyai 30% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing. 

Penjelasan disebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stress dan kebimbangan serta kawalan tekanan darah yang lebih baik. Individu yang membela kucing juga kurang rasa keseorangan dan mempunyai mood yang lebih baik.

Kucing adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja. Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif! 

Sumber: Public Health Malaysia




No comments:

Powered by Blogger.