Dituduh Fitnah… Raja Yunika Cabar Aliff Aziz Saman Dirinya
Pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri meluahkan kemarahannya terhadap artis sensasi, Aliff Aziz sambil mencabar supaya mengemukakan saman terhadap dirinya.
Menerusi luahan pelakon itu di Instagram, Raja Yunika turut meluahkan kekesalannya apabila pernah menyatakan rasa kasihan terhadap artis kelahiran Singapura itu.
“Surat terbuka untuk @aliffaziz91!!! Honestly menyesal saya pernah cakap kasihan dengan anda!! Ternyata semua hanya lakonan anda untuk dapat simpati.
“Now cakap depan-depan saya kalau ini fitnah dari saya, jangan berani hanya di belakang saya. Saman saya jika ini memang fitnah, better you diam daripada cakap saya fitnah anda,” luahnya.
Sebelum ini, kontroversi artis berkenaan masih berterusan apabila dia dikatakan telah mencuri sejumlah wang pelakon berkenaan.
Raja Yunika mendakwa kejadian berkenaan berlaku ketika kedua-duanya bertemu di sebuah restoran makan Jepun di Singapura. – KopiPlanet.com
The post Dituduh Fitnah… Raja Yunika Cabar Aliff Aziz Saman Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: