‘YouTuber’ Terkenal Ditemui Mati, Wasiat Mahu Dikebumikan Di Hadapan Ibu Pejabat YouTube
Seorang lelaki yang juga “YouTuber” terkenal, Etika telah ditemui mati oleh pihak polis pada Selasa. Beliau yang sering melakukan penstriman permainan video di channel-nya, Hactos, mempunyai lebih dari 54,000 pengikut.
Berita tentang kematiannya telah disahkan sendiri oleh pihak polis New York melalui satu kiriman yang dimuatnaik di laman Twitter @NYPDnews awal pagi tadi.
We regret to inform that Desmond Amofah aka Etika has been found deceased. https://t.co/sedwZZxglw
— NYPD NEWS (@NYPDnews) June 25, 2019
Beberapa bulan sebelum ini, mendiang dikatakan pernah memuatnaik satu video yang seolah-olah sudah tahu akan kematiannya yang kian hampir.
Dalam video tersebut, Etika telah memberitahu kemahuannya untuk dikebumikan tanpa batu nisan di hadapan ibu pejabat YouTube di Los Angeles. Tambahnya lagi, beliau mahu lagu sebuah anime dimainkan semasa majlis pengebumiannya.
Kini, para pengikutnya sudah melancarkan satu petisyen untuk menjadikan kemahuan Etika itu sebagai satu kenyataan.
Tidak cukup dengan itu, pada minggu lepas, Etika juga memuatnaik satu video yang memberi bayangan beliau mahu membunuh diri. Beliau kemudiannya menghilang sebelum ditemui mati oleh pihak polis.
Akan tetapi, pihak polis masih belum mengesahkan kematiannya sama ada berpunca dari bunuh diri atau tidak.
Sumber: Vox
No comments: