Ads Top

Nur Sajat Bakal Dapat Diploma Dalam Bidang Dandanan Rambut

Usahawan selebriti terkenal, Nur Sajat menyatakan dia bakal meraih segulung diploma dalam bidang dandanan rambut tidak lama lagi.

Menurut Nur Sajat, dia akan berangkat ke Beirut, Lubnan untuk menghadiri majlis konvokesyen setelah menamatkan pengajian pendek dalam bidang berkenaan.

“Alhamdulillah, saya akan mendapat segulung diploma dalam bidang dandanan rambut setelah menjalani kursus pendek selama sebulan baru-baru ini.

“Saya akan berangkat ke Beirut pada 27 Jun ini dan majlis konvokesyen akan berlangsung pada 1 Julai. Memang sangat gembira kerana akhirnya dapat juga segulung diploma, walaupun sudah berusia 34 tahun,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya apa yang membuatkan dia mengambil kurus pendek dandanan rambut, Nur Sajat menjelaskan ia merupakan satu bidang yang cukup digemarinya.

Ujarnya, sebagai seorang individu yang gemar kepada bidang kecantikan terutama sekali rambut, ia adalah satu peluang yang bagus untuk menimba lebih banyak ilmu pengetahuan.

“Saya memang suka kepada fesyen rambut dan kalau mereka yang mengikuti perkembangan saya akan dapat lihat fesyen rambut saya sentiasa berubah.

“Selepas menjalani kursus berkenaan juga saya telah membuat dua buah salun rambut di Shah Alam dan Johor Bahru. Setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Nur Sajat Bakal Dapat Diploma Dalam Bidang Dandanan Rambut appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.