Mawar Minta Henti Spekulasi Hubungan Dengan Fizo Omar
Usahawan tudung terkenal, Mawar Abdul Karim meminta supaya semua pihak menghentikan segala spekulasi tentang hubungan antara dia dan suami iaitu pelakon Fizo Omar.
Menerusi Instagram miliknya, Mawar meluahkan setiap masalah yang dihadapi oleh pasangan itu biarlah ‘hanya suami isteri ‘ dan jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain.
“Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar.
“Hanya saya dan Fizo saja tahu,rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami,” luahnya.
Menurutnya, sebelum ini dia tidak pernah menggunakan media sosial untuk dia meluahkan perasaan dan menceritakan mengenai kisah peribadi dirinya.
Ujar Mawar, banyak pihak yang perlu dijaga serta mahu mengambil pendekatan berhati-hati kerana beranggapan kisah kehidupan adalah satu ‘peribadi’ untuk diceritakan.
“Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah, sudah tentu saya perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya.
“Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna. Mungkin ini ujian berat untuk saya dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah,” ujarnya.
Sebelum ini, hubungan pasangan tersebut menjadi bualan netizen apabila kedua-duanya dilihat menyambut Hari Raya Aidilfitri secara berasingan.
Malah, spekulasi mengenai hubungan mereka diperkuatkan lagi apabila usahawan wanita berkenaan dikatakan sudah berjumpa dengan peguam. – KopiPlanet.com
The post Mawar Minta Henti Spekulasi Hubungan Dengan Fizo Omar appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: