(Video) Gerun Dan Kagum, Lelaki ‘Selamber’ Beri Ular Tedung Berbisa Kehausan Minum Air Dari Botol
Ular adalah sejenis haiwan berbahaya di mana ia mempunyai kira-kira 3600 spesis secara keseluruhan. Walaupun hanya 375 spesis daripadanya sahaja yang berbisa, ular adalah antara haiwan yang paling digeruni oleh manusia.
Antara spesis yang paling ditakuti adalah ular tedung kerana ia mempunyai kebolehan membunuh yang sangat tinggi. Namun bagi petugas hutan dalam video di bawah, ia bukanlah terlalu “menakutkan”.
Video tersebut menjadi tular selepas dikongsikan oleh beberapa akaun di platform media sosial dan kebanyakan penonton berasa gerun dan kagum dengan apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
Lelaki berkenaan kelihatan sangat tenang dan berhati-hati semasa menghulurkan air di dalam botol mineral kepada pemangsa tersebut.
Akan tetapi, sebenarnya ini bukanlah kali terakhir video seseorang lelaki memberi minum kepada seekor ular tedung. Beberapa video lain juga pernah tular sebelum ini dan kebanyakannya berlaku di negara India.
Haiwan tersebut cukup sinonim di sana sehinggakan mereka tidak lagi berasa terlalu gentar apabila menemuinya. Bagaimanapula pula jika kita? Sudah pasti perkara pertama yang kita lakukan adalah lari jauh daripada haiwan tersebut dan bukan memberi minum kepadanya.
Sumber: RT
No comments: