(Video) Selepas Lombok, Ombak Besar Bali ‘Devil Tears Indonesia’ ‘Telan’ Pelancong
Beberapa hari lalu satu rakaman video menyaksikan seorang pelancong wanita dihempas ombak besar Bali tular di media sosial.
Rakaman tersebut memperlihatkan pelancong tersebut berdiri di tebing pantai Nusa Lembongan, Bali kerana ingin merakamankan gambar sambil tersenyum.
Namun, apa yang berlaku sebaliknya apabila sebaik sahaja dia mendepakan tangannya, ombak besar menghempas dari belakang.
Dia kemudian hilang dibawa badai tetapi didakwa diselamatkan penduduk tempatan.
Walau bagaimanapun, video menunjukkan wanita tersebut mengalami luka ringan.
Seorang individu melalui status Twitter mendakwa bahawa kejadian ombak itu digelar sebagai ‘Devil Tears’. Kebanyakkan pelancong sudah diberi amaran untuk menjauhi kawasan batu basah dan tidak membelakangi pantai.
It’s called the Devil’s Tear in Indonesia. Many tourists don’t heed the warning to stay away from the wet rocks and never turn your back on the ocean here. She is lucky to be alive. pic.twitter.com/gliFxT8RLl
— mrbrown (@mrbrown) March 17, 2019
Sumber: Twitter, Tribun News
No comments: