Ads Top

Sekali Imbas Foto Pasangan Ini Nampak Biasa Tetapi Bila Dilihat Bawah Bikin Semua Orang Terkejut

Pasti setiap daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang sesuai dengan diri kita. Terdapat individu yang mementingkan gaya penampilan. Bagi yang lain pula mementingkan tingkah laku seseorang. Terdapat pasangan kekasih yang suka menunjukkan kemesraan mereka apabila di khalayak awam.

Berbeza dengan pasangan ini yang terlihat sedang berada di sebuah hospital Chonqing, China. Gambar yang menjadi tular ini menunjukkan sepasang kekasih yang sedang menunggu giliran di kerusi duduk. Wanita tersebut memakai baju berwarna kuning manakala lelaki tersebut memakai baju berwarna hijau yang berdiri di belakang kekasihnya itu.

Sekilas pandang, kelihatan tiada apa yang aneh tentang gambar kedua pasangan ini. Tetapi jika diteliti dengan betul, terdapat perkara yang tidak disangka di dalam gambar tersebut. Ketika gambar ini menjadi tular, netizen langsung tidak perasan pada bahagian bawah pasangan ini.

Tapi, jika diperhatikan dengan lebih teliti, terdapat perkara yang tidak disangka.

Hal ini kerana kedua-dua mereka didapati telah bertukar kasut antara satu sama lain. Lelaki tersebut telah memakai kasut tumit tinggi kekasihnya. Manakala, wanita tersebut memakai selipar kekasihnya pula.

Yang terbaiknya melihat gambar kedua pasangan ini apabila lelaki tersebut tidak ada masalah atau rasa malu memakai kasut tumit tinggi tersebut.

Dari sudut belakang, kita dapat melihat gambar dengan lebih jelas. Berkemungkinan kedua-dua telah bertukar kasut kerana tapak kaki wanita itu pasti kesakitan memakai kasut tumit tinggi seharian.

Apabila kedua-dua meninggalkan ruang legar hospital tersebut, lelaki itu nampak seperti selesa berjalan mengunakan kasut tumit tinggi kekasihnya.

Gambar ini telah menjadi tular. Ramai netizen telah memuji sikap lelaki yang tidak keberatan memakai kasut tumit tinggi kekasihnya.

Adakah anda sanggup memakai kasut tumit tinggi kekasih anda ketika kaki mereka sedang kesakitan? Pernahkah anda melakukan apa yang lelaki ini buat? Kongsikan pandangan anda di dalam ruang komen.

Sumber: taikotai




No comments:

Powered by Blogger.