Ads Top

Khusyuk doa 3 minit tunggu nk salam Ingatkn Bangla Solat rupanya Remy Ishak

Bila bergelar selebriti sudah tentu mempunyai jadual kerja yang padat sehinggakan tiada masa untuk mendirikan solat. Namun tidak semua selebriti bersikap sedemikian.

Sebelum ini, ada beberapa kenyataan mengatakan pelakon Remy Ishak tidak pernah meninggalkan solat walaupun sibuk dengan penggambaran drama dan filem. Perkongsian oleh pengguna Twitter itu mendapat perhatian netizen dan peminat yang memuji sikap pelakon itu. Seorang netizen turut memberitahu Remy juga seorang yang rajin menunaikan solat di masjid dan tidak sombong untuk menegur jemaah lain.

Terbaru, perkara itu terbukti apabila seorang pengguna laman sosial Twitter ada memuat naik sebuah posting ketika pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menunaikan solat.

Menurut Afiq, dia yang mengimamkan waktu solat berkenaan di sebuah surau pusat beli belah di Kuala Lumpur itu menyangka pemuda tersebut merupakan seorang warga Bangladesh.

“Well tadi i imamkan Remy Ishak you all. Seriously i thought he was just a random bangla joins me ‘bersolat’ together lol i’m sorry bro,” tulisnya.

Aku terpandang la makmum sorang ni…

Tambah Afiq, dia terpaksa menunggu selama beberapa minit untuk bersalaman (antara makmum) kerana ingin menghormati pelakon itu sedang khusyuk berdoa.

Tak ‘jakun’ jumpa artis, cuma nak kongsi dengan peminat je!

Masa tunggu grab pun, terserempak lagi…

Apa pun tidak kira siapa pun kita, tiada alasan untuk seorang Muslim meninggalkan solat. Sikap Remy ini sekaligus dapat dijadikan contoh buat anak muda di luar sana untuk utamakan solat walau dimana berada.

Sumber : nrhnafq / Oh My Media / layansudah




No comments:

Powered by Blogger.