Ads Top

Gabungan Syamel, Ernie Zakri Bakal Hiburkan Para Setiausaha

Bersempena dengan sambutan Minggu Setiausaha pada bulan hadapan, penyanyi terkenal Syamel dan Ernie Zakri bakal menghiburkan para setiausaha dengan tema Klasik & Elegan.

Majlis yang dikenali ‘An Afternoon Of Elegance With Syamel & Ernie Zakri – When Heart Needs A Beat’ itu bakal berlangsung pada 24 April ini di Hotel Marriott Putrajaya bermula pada pukul 12.00 tengah hari.

Pengarah Urusan Nafis Global Resources Sdn. Bhd., Lidya Ismail selaku penganjur berkata, kehebatan vokal Syamel dan Ernie Zakri menjadi ukuran utama pihaknya memilih kedua-dua penyanyi berkenaan.

“Selain faktor populariti, pemilihan gandingan duo ini dibuat berdasarkan perjalanan seni mereka yang dilihat sebagai pasangan duet generasi baharu yang cukup serasi dan sering mengagumkan peminat.

“Malah, mereka juga mempunyai aura yang tersendiri selain memiliki jumlah peminat yang ramai, terutamanya di media sosial,” ujarnya.

Menurut Lidya, pihaknya juga sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Rocketfuel Entertainment untuk menggandingkan kedua-dua penyanyi ini bersempena dengan Minggu Setiausaha.

Jelasnya, persembahan Syamil dan Ernie Zakri akan berlangsung selama tiga jam menerusi 12 buah lagu yang akan menghiburkan para tetamu.

“Kesungguhan dan komitmena yang diberikan oleh kedua-duanya bagi menjayakan penganjuran acara ini juga perlu diberi pujian dan amat kami hargai,” ujarnya.

Tiket untuk menyaksikan persembahan dijual pada harga RM3,500, RM5,000, RM7,000 dan RM10,000 (VIP) untuk sebuah meja yang memuatkan 10 tetamu dengan dilengkapi dengan hidangan set makanan tengah hari serta cenderamata istimewa.

Manakala khusus buat pemegang tiket VIP pula, mereka akan menerima pas istimewa untuk acara ramah mesra ‘Meet & Greet’ yang membolehkan mereka untuk bergambar dan bertemu Syamel dan Ernie Zakri secara eksklusif.

Tiket-tiket tersebut boleh dibeli secara individu atau kumpulan menerusi tempahan meja dengan menghubungi talian 018-2993868. Segala butiran lanjut boleh kunjungi akaun media sosial rasi Instagram dan Facebook @happypills.beat. – KopiPlanet.com

The post Gabungan Syamel, Ernie Zakri Bakal Hiburkan Para Setiausaha appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.