Ads Top

Awi Rafael Akur Tak Jadi Kahwin Dengan Atikah Suhaime

Penyanyi Awi Rafael terpaksa akur apabila hasrat untuk berkahwin dengan pelakon Atikah Suhaime tidak menjadi kenyataan, biarpun tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang majlis perkahwinan mereka.

Awi menerusi posting di Instagram berkata, dia berharap semua pihak dapat memahami dan dia telah membuat yang terbaik buat Atikah dan keluarganya.

“Niat di hati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu dan membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru.

“Namun, Awi juga mempunyai ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahlah… Awi pun tak ingin buka aib sesiapa,” luahnya.

Awi dan Atikah telah mengikat tali pertunangan pada Mac tahun lalu dan sepatutnya mendirikan rumah tangga pada
hari Ahad ini. – KopiPlanet.com

The post Awi Rafael Akur Tak Jadi Kahwin Dengan Atikah Suhaime appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.