Ads Top

Ak ikut kwn main pndok2 disemak Disitu ada 2 lelaki tnggu Bila tiba giliran aku msuk pndok tu tak sangka ada bunyi jeritan

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum pembaca semua, ketika saya nak menaip ini.. banyak yang saya fikirkan.. adakah perlu saya gali kisah lama saya, walaupun saya rasa saya mangsa tapi kesannya tetap terpalit dalam hati saya. Saya terpanggil untuk berkongsi bila baca pengakuan lelaki baik tak akan tanya, Kisah kita sama tapi tak serupa saya juga salah seorang mangsa kerakusan lelaki.

Zaman kanak-kanak saya, bagi saya ada waktu gembira dan ada waktu duka… jika mahu diputarkan masa.. tentu saya tak ikut kawan saya main pondok-pondok. Peristiwa pertama yang kena pada saya apabila kawan saya tapi tak rapat sangat sebab dia lelaki dan dia panggil saya, dia tanya saya mahu gula-gula tak? saya kata okay boleh.. umur saya waktu tu baru 8 tahun tak faham apa.. Dia minta saya dekat dengan dia… dia c4bul saya, waktu tu saya tak faham tapi saya tak selesa lepas tu saya lari. Sejak dari itu saya memang tak pergi dekat dengan lelaki tersebut.. saya jadi benci dan menyampah.

Namun, saya masih berkawan dengan adik perempuannya, jika difikirkan semula inilah perkara terb*doh yang pernah saya buat, sebab satu hari perempuan itu ajak saya temankan dia pergi main pondok-pondok. Saya ikut dia, kat situ ada dua budak lelaki menunggu, mereka kata nak m4in kena masuk dalam semak.. semak tu mereka bersihkan dan cantikkan macam pondok.. Saya kata tak mahu saya temankan sahaja.

Saya jadi takut.. kawan perempuan saya bagitahu dia tak nak main kalau saya tak join sekali. Akhirnya saya setuju… (tarik nafas ketika saya menaip ini, penyesalan yang paling hebat saya rasakan). Apabila perempuan itu selesai, tiba giliran saya.. hanya sekali kemasukan sahaja sebab riuh dekat luar pondok.. rupanya budak perempuan itu panggil orang lain maklumkan sahaja tengah m4in dengan budak lelaki. Perkara ini sampai ke pengetahuan mak saya, patah riuk saya kena tibai dengan mak.

Mak saya sangat kecewa dia ibu tunggal, kami 3 beradik semua perempuan..mak mestilah bimbang bila perkara ini berlaku.. saya menangis dan meraung, saya jadi m4ngsa tapi malu sgt sebab ada orang sindir-sindir saya, namun nasib baiklah mereka yang membesar dengan saya ni kebanyakkan dah pindah, dan saya pun bukan tinggal di sana, sebab sambung belajar jadi tak adalah yang sebarkan sgt

Peristiwa hitam saya bukan berakhir di situ sahaja, kisah hitam saya yang betul-betul terjadi selepas mak saya berkahwin lain, saya dapat seorang kakak tiri dan seorang abang tiri. Ketika itu saya berumur 11 tahun. Waktu tu masih lagi mentah tak seperti sekarang budak-budak dah faham macam-macam. Saya tak faham pun sentuhan selamat atau sentuhan tak selamat. Abang tiri saya seorang baik, dia tak datang secara kasar dekat saya.

Ketika itu saya rasa seronok sebab saya tiada abang. Dia tunjukkan lukisan yang cantik, saya minta pada dia lukiskan sesuatu untuk saya. Ketika inilah dia ambil kesempatan pada saya. Seingat saya dalam 3 kali macam tu. Saya b*doh sangat b*doh tapi saya masih tak faham perkara itu adalah ‘r0gol’ ataupun pemerkosaan. Saya tak tahu pun itu adalah sentuhan sksual yang paling pahit, kawan abang tiri saya pun pernah c4bul saya.. peristiwa itu berlaku kat ruang tamu.

Apabila saya menginjak dewasa, mak saya masukkan saya ke sekolah agama. Di situ saya baru tahu tentang berstubuh, tentang hukum dosa dan pahala. Waktu tu saya rasa jijik sangat diri saya, walaupun dah lama berlaku.. sebab abang tiri saya berhijrah dan pergi cari kerja luar. Kadang-kadang aje balik, jadi kejadian itu berlaku setakat itu sahaja. Saya datang haid ketika tingkat 2, hari-hari saya jadi resah, saya takut saya mengandung sebab dah baligh (trauma, seakan-akan sprma masih ada dalam badan walaupun dah beberapa tahun berlaku).

Jika abang tiri saya pulang, kadang-kadang tiada orang lain di rumah saya akan pergi melepak kat kedai kopi depan rumah, nasib baik tauke suami isteri tak adalah kekok. Saya takut kalau saya bertembung dengan abang tiri dan kawan dia.. saya takut nak keluar dengan siapa-siapa. Kalau dia ada depan mata, saya akan bergaduh dengan dia bertikam lidah, pernah sekali dia hampir nak pvkul saya. Saya rasa benci dekat dia teramat sangat, sangat menyampah sehinggakan saya bernazar kalau dia m4ti accident dengan dahsyat saya akan puasa satu hari. Memang dia jadi 4rwah sekarang tapi sakit lain.

Selepas beberapa tahun, ketika berumur 19 tahun ada seorang lelaki jatuh cinta pada saya, selepas setahun dia mengorat baru saya terima cinta dia.. sebab saya rasa saya tak layak. Dia bernasib baik ditawarkan ke Mesir dan saya pula dapat tawaran universiti tempatan. Waktu ini saya memang jaga peribadi, kami tak pernah berbicara perkara bernafsu.

Hari- hari saya berdoa agar Allah jaga saya. Sebenarnya saya tak tahu pun wanita ada tanda ‘d4ra’. Ketika berada di Universiti baru saya tahu.. Waktu itu saya menangis teresak- esak, saya rasa sangat tidak adil, saya dah jaga diri tapi saya tetap rosak.. walaupun saya sendiri tak ingat tentang ‘pend4rahan’ yang berlaku. Tapi saya yakin saya sudah tiada d4ra.

Berbulan- bulan saya berfikir, akhirnya saya ambil keputusan putus dengan kekasih saya yang berada di Mesir. Dia pujuk saya, minta masa sebulan pada saya untuk dia balik dan meminang saya (kiranya nak bertunang). Sebab dia ada setahun lagi nak habiskan pengajian. Tapi saya keraskan hati, saya rasa saya tak layak untuk dia, saya tukar nombor telefon dan sebagainya. Sejujurnya saya tutup pintu hati saya beberapa tahun. Dia cari saya tapi saya lari, lama-lama dia mengalah dan menganggap saya mungkin ada penganti. Iya itu yang terbaik untuk dia.

Kini, saya telah berkahwin dan memiliki 2 orang cahaya mata, suami saya pun tak tahu kisah saya ini. Saya berkenalan dengan suami, dia seorang yang nkal pernah melalui zaman remaja dengan syabu dan hampir nak tidur dengan pelacur. Saya terima dia seadanya.. di sini saya berlakon menjadi seorang Muslimah yang menerima dia. Dia rasa bersyukur wanita yang baik (dipandangan dia) tidak kisah akan masa silam dia.

Waktu hampir kahwin saya pernah tanya suami, kalau awak kecewa dengan saya selepas kahwin macamana? Dia cakap dia sudah rasa bertuah sebab saya sudi kahwini dia. Ketika itu saya tawakal pada Allah.. peristiwa ketika berumur 11 tahun.. kali terakhir terjadi, tapi sejak itu saya jaga peribadi, bersentuhan pun tidak, berduaan pun tidak.. saya berdoa pada Allah agar Allah jaga aib saya.

Alhamdulillah Allah pelihara diri saya dan sehingga kini suami tidak tahu saya wanita yang penuh peristiwa hitam. Doakan semoga aib ini kekal sebagai rahsia sehingga ke m4ti.

– Laila via iium




No comments:

Powered by Blogger.