Ads Top

Keliru Bermaksiat Dalam Ketaatan

Abu Bakr – radhiyallaahu ‘anhu – berpesan,

أطوع الناس لله أشدُّهم بغضًا لمعصيته

‘Manusia yang paling taat kepada Allah, adalah yang paling dibenci ketika mengingkariNya.’- (Jamharah Khutobil-‘Arab)

Dr. Umar al-Muqbil menyebutkan di dalam bukunya Mawa’iz as-Sahabah, selepas menukilkan kata-kata Abu Bakr di atas, katanya:

وهذا معنى دقيقٌ؛

Kata-kata ini mempunyai makna yang sangat mendalam,

فإنَّ كثيرًا من الناس قد يفعل جملة من الطاعات، بل ويكثر منها،

Sungguh, ramai orang yang melakukan pelbagai amal ketaatan, malah mereka (selalu berusaha) memperbanyakkan lagi melakukannya.

لكنَّه ضعيف المقاومة عند وجود أسباب المعصية؛

Tetapi mereka menjadi lemah untuk keras melawan apabila timbulnya punca-punca penyebab (terjebak ke dalam) maksiat,

فمن كان كذلك، فطاعته ناقصةٌ، وولايته فيها خللٌ،

Barangsiapa yang keadaannya sedemikian rupa, ketaatannya dalam keadaan kekurangan, dan terdapat kepincangan dalam kemampuannya (beramal),

وهذا معنى قول سهل بن عبد الله التُّستريِّ رحمه الله:

Inilah yang dimaksudkan oleh Sahl ibn ‘Abdillah at-Tustariy (w.283H) – rahimahullah – katanya,

أعمال البرِّ يعملها البرُّ والفاجر، ولا يجتنب المعاصي إلا صدِّيقٌ

‘Amal kebaikan itu dilakukan oleh semua sama ada orang yang baik dan yang tidak, adapun yang menjauhi maksiat hanyalah mampu dilakukan oleh orang-orang yang benar dan jujur.’ – (Hilyatul-Awliya)

Berterusanlah dalam meningkatkan kualiti amal, diiringi taubat yang jujur. Tingkatkan juga usaha menghilangkan apa-apa faktor yang mendorong melakukan maksiat dan dosa.

#NotaTerjemahanBroSyarief
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً




No comments:

Powered by Blogger.