Ads Top

Showcase XPDC Metal Live Sempena Ulang Tahun Ke-30

Kumpulan lagenda XPDC bukanlah nama asing dalam hiburan tanah air kerana sudah hampir 30 tahun bertapak dalam industri sejak ditubuhkan pada 1988 yang dianggotai oleh Mael, Zuar, Amy dan Jeff.

Terbaru kumpulan XPDC akan mengadakan live showcase yang mengabungkan dua versi metal live dan unmetal yang bakal berlangsung pada 2 Februari ini, bertempat di Ballroom D’Saji Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai persembahan yang bakal diadakan ini, ianya bertujuan menghargai peminat tegar XPDC yang selama ini mengikuti serta menyokong perkembangan XPDC selama 30 tahun.

“Untuk showcase ini sebenarnya ia diadakan secara eksklusif sahaja buat peminat-peminat tegar XPDC yang setia menyokong kami selama ini ,” ujar Zuar mewakili kumpulannya.

Kumpulan XPDC ditemui pada sidang media Live Showcase XPDC Metal Live & Un-Metal yang berlangsung di Restoran D’saji Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di samping itu, showcase ini juga merupakan pra-ulang tahun XPDC dan merupakan tarikan awal bagi peminat tegar kerana selepas ini XPDC akan mengadakan konsert berskala besar sempena 30 tahun di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 2 Mac ini yang turut menampilkan kumpulan Kristal sebagai artis pembukaan.

Selain itu, mengulas lebih lanjut mengenai versi yang bakal dinyanyikan, XPDC memaklumkan akan melakukan persembahan istimewa dalam dua segmen.

“Pada segmen pertama XPDC akan mainkan muzik un-metal iaitu muzik gitar eletrik tanpa distortion atau un-plugged. Manakala segmen kedua pula adalah segmen metal yang berentak muzik heavy serta metal 60-an.

“Kebanyakkan lagu sudah biasa di mainkan cuma un-metal belum pernah dimainkan oleh kami lagi sebelum ini,” ujar Jeff.

Showcase ini akan berlangsung selama dua jam bermula 9:30 malam. Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM 80.00 dan RM 130.00 (buffet disediakan) menerusi Restoran D’Saji di talian 0340210098 dan XPDC KITA PENG YU (0136897380) atau official fb page/instagram: XPDC Peng Yu official. – Kopiplanet.com

Artikel: Fatin Marzuki
Pelajar Praktikal Uitm Puncak Perdana

The post Showcase XPDC Metal Live Sempena Ulang Tahun Ke-30 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.