Ads Top

Shannon Dedah Mahu Berhijrah Dan Tinggalkan Agensi Pengurusan

Penyanyi Shannon Arrum Williams Lees atau lebih dikenali Shannon tampil penjelasan kepada peminat setianya bahawa ingin mengundurkan diri daripada agensi pengurusan MBK Entertainment.

Shannon, 21, telah memuat naik status menerusi laman Instagram mendedahkan dia mempunyai alasan tersendiri untuk meninggalkan Korea Selatan bagi memberikan sepenuh tumpuan kepada lagu-lagu baharunya. Walau bagaimanapun, Shannon tidak menyatakan negara mana yang dia bakal berhijrah selepas ini.

Sementara itu, penyanyi kelahiran British-Korea Selatan ini menjawab persoalan peminat tentang isu-isu yang berlaku dan masalah yang dihadapai ketika bekerjasama dalam agensinya.

Shannon kemudiannya mendedahkan MBK Entertainment telah menggunakan lirik lagu yang ditulisnya untuk diberikan kepada penyanyi berkumpulan lain tanpa mendapat keizinan daripadanya terlebih dahulu selain dia tidak diberikan kredit menerusi lagu tersebut.

Sebelum ini, Shannon memulakan karier sebagai penyanyi pada Disember 2014 dengan single pertama berjudul Daybreak Rain. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.