‘Simfoni Seni Bintang Universe UTM’ Bakal Dimeriahkan Dengan Kemunculan Sembilan Artis Popular
Pentas sudah bersedia, bintang-bintang bakal menyinar. Simfoni Seni Bintang Universe UTM akan berlangsung pada 17 Oktober 2026 di Grand Banquet Hall, UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur, bermula 8:45 malam hingga 11:30
malam.
Acara istimewa ini menghimpunkan sembilan nama besar dan berbakat dalam industri hiburan tanah air, iaitu Amir Ahnaf, Ara Johari, Ismail Izzani, Iskandar Ismail, Mohsein Kush, Nuha Bahrin, Syasya Rizal, Syamel dan Syed Iqbal dalam satu malam eksklusif yang meraikan muzik, seni dan bakat tempatan.
Dianjurkan oleh UTM dengan kerjasama Universal Music Malaysia dan rakan-rakan label termasuk L.Y. Music Factory dan Faithful Music, acara ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi sebuah pengalaman hiburan lengkap yang menggabungkan persembahan pentas, suasana elegan, interaksi peminat dan memori yang sukar dilupakan
“Simfoni Seni Bintang Universe UTM direka sebagai sebuah malam yang menyatukan peminat, pelajar, komuniti UTM dan orang awam dalam satu ruang apresiasi seni.
“Kami mahu penonton bukan sahaja datang untuk menyaksikan persembahan, tetapi pulang dengan pengalaman yang benar-benar bermakna,” kata wakil penganjur.
Tiket kini dijual dengan tiga pilihan harga :
● Tier 1 – RM100 (termasuk akses eksklusif sesi Meet & Greet selepas persembahan)
● Tier 2 – RM60
Acara ini turut terbuka kepada orang awam, bukan hanya kepada pelajar UTM. Bagi pelajar UTM Johor Bahru, pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas percuma ke UTM Kuala Lumpur secara terhad.
Hanya lima bas disediakan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat. Orang ramai digalakkan mendapatkan tiket lebih awal kerana tempat adalah terhad, terutamanya bagi mereka yang ingin mendapatkan peluang eksklusif Meet & Greet bersama artis.
Tiket boleh didapatkan dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi atau melalui https://ift.tt/RvrxqPu

The post ‘Simfoni Seni Bintang Universe UTM’ Bakal Dimeriahkan Dengan Kemunculan Sembilan Artis Popular appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: