Akui Terkilaf Semasa Podcast, Shuib Akhirnya Mohon Maaf Kepada Jep
Pelawak dan usahawan popular, Shuib akhirnya tampil memohon maaf kepada rakan pelawaknya, Jep berhubung satu podcast bersama Mamat yang menjadi viral baru-baru ini.
Dalam satu video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya, Shuib menjelaskan dia telah pun menghantar pesanan What’s App kepada Jep dengan membuat permohonan maaf.
“Posting Jef dibuat pada 8 Oktober, Khamis tengahari dan saya nak maklumkan yang tak sampai 24 jam iaitu pada 1.51 minit pagi Jumaat, saya telah pun WhatsApp Jeff dengan penuh rendah diri memohon maaf diatas kekhilafan saya dan juga mamat menyindir dia di doa podcast episod bersama Azlee Senario.
“Saya kira dia telah pun terima WhatsApp tersebut dan mungkin telah membacanya. Wallahu’alam. Saya penuh kesal dan memohon maaf kepada dia berulang kali saya anggap ini ujian untuk saya dan balasan diatas kekhilafan saya dalam berkata-kata,” ujarnya.
Berkenaan dengan isu KWSP yang dibangkitkan, Shuib menjelaskan bahawa pihaknya telah cuba melangsaikan segala hutang dengan membuat bayaran secara ansurans.
Jelasnya, bayaran kepada KWSP sudah dibuat sejak bulan Januari 2026 dan kini masih ada lagi berbaki selama 14 bulan.

Dalam pada itu, Shuib menjelaskan bahawa sejak isunya bersama Jep timbul, dia telah melalui satu tempoh yang sangat sukar sehingga tidak memberikan apa-apa kenyataan selama hampir seminggu.
“Dari hari pertama statement Jep dikeluarkan iaitu pada 8 Oktober sampailah ke hari ini, saya kira saya lalu satu tempoh yang sangat sukar.
“Saya diperli, saya dimaki, saya dihina, dikecam dan ianya bukan saja berlaku kepada saya tapi ianya melibatkan juga isteri saya, Wati, anak-anak, keluarga dan juga perniagaan saya,” ujarnya.
Pada masa sama, dia juga memohon kepada semua pihak untuk menghentikan segala andaian kecaman, makian dan fitnah ke atas dirinya, Watie dan anak-anaknya serta perniagaannya.
Ujarnya, dia tidak mahu ahli keluarganya lain terbabit dengan permasalahan yang timbul membabitkan dirinya.
“Janganlah kerana marahkan saya, isteri, anak-anak dan keluarga saya terlibat. Mereka tidak bersalah, saya yang bersalah dalam perkara ini dan janganlah juga kerana benci kepada saya, perniagaan saya diboikot sedangkan perniagaan saya sah dan halal.
“Saya sedar saya manusia yang tidak sempurna, selalu berbuat salah, selalu berbuat dosa. Jadi saya mohon maaf, saya mohon maaf, saya mohon maaf diatas kekhilafan saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Akui Terkilaf Semasa Podcast, Shuib Akhirnya Mohon Maaf Kepada Jep appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: